Translate

Friday 19 May 2017

PAKEJ HAJI



MAKLUMAT AM PAKEJ HAJI TABUNG HAJI

Cara cara Mendaftar



1. Anda perlu membuka akaun Tabung Haji di mana-mana Cawangan Tabung Haji dan mendeposit minimum RM1,300.
2. Anda Daftar Haji di pejabat TH atau Daftar Online.
- (Sila Rujuk: http://www.tabunghaji.gov.my/pendaftaran-haji)
3. Anda mendapat giliran koata yang ditetapkan oleh pihak Tabung Haji berdasarkan koata yang ditetapkan untuk Jemaah Haji Malaysia setiap tahun.
4. Anda menghantar surat rayuan kepada Tabung Haji memohon supaya diawalkan koata anda tertakluk kepada kekosongan.
5. Setelah Berjaya, anda akan dihubungi oleh Pihak Tabung Haji untuk menentukan sama ada anda dapat menunaikan Haji
- melalui Kaedah Rombongan Haji Muassasah atau Kaedah Rombongan Haji Swasta yang dikendalikan oleh PJH (Pengelola Jemaah Haji).
6. Pemilihan anda akan disalurkan kepada pihak berkenaan untuk pengurusan operasi dari Tanah Air hingga ke Tanah Suci dan selamat pulang ke Tanah Air meliputi ibadat dan kebajikan anda.




SYARAT & KATEGORI JEMAAH HAJI



PERANAN IMTIYAZ TRAVEL
☻Imtiyaz Travel bukan syarikat berdaftar berlesen dengan PJH Tabung Haji namun kami bekerjasama dengan salah satu syarikat berdaftar sebagai Pemudahcara antara Jemaah Haji yang berdaftar dengan Tabung Haji dan Syarikat berkenaan.Peranan kami bermula pada Langkah 3,4,5 dan 6 cara mendaftar pergi Haji melalui Tabung Haji.

PEMILIHAN SYARIKAT SWASTA PJH
☻Jemaah Haji yang melalui perkhidmatan IMTIYAZ TRAVEL dan telah terpilih di dalam koata Haji akan menyertai rombongan syarikat swasta PJH (Pengelola Jemaah Haji) Tabung Haji yang ditentukan oleh IMTIYAZ TRAVEL.

KURSUS DAN BIMBINGAN
☻Jemaah Haji bebas untuk mengikuti mana-mana Kursus Haji Bersiri yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji di seluruh negara. IMTIYAZ TRAVEL juga turut mengadakan Kursus Intensif bimbingan Jemaah Haji dengan kerjasama syarikat swasta PJH Tabung Haji yang akan mengelolakan operasi Jemaah Haji Imtiyaz Travel.

JADUAL BERANGKAT
☻Syarikat Penerbangan, lapangan terbang dan jadual berangkat ditentukan sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Haji dan akan dimaklumkan melalui syarikat PJH swasta berkenaan.Jumlah hari berada di sana turut ditentukan oleh Tabung Haji kerana anda adalah sebahagian daripada rombongan Haji Jemaah Haji Malaysia.

KEBAJIKAN KEMUDAHAN DAN KESELAMATAN
☻Sebagai peserta rombongan Haji yang dikendalikan syarikat swasta PJH Tabung Haji, anda tertakluk kepada kemudahan yang disediakan oleh pihak Lembaga Tabung Haji di Tanah Suci Madinah dan Mekah. Kemudahan itu termasuk Klinik Rawatan, Pengeluaran Wang dan lain-lain kelengkapan yang disediakan oleh Tabung Haji di samping PJH Swasta membantu anda dengan perkhidmatan-perkhidmatan tambahan di sana.

KOS DAN CARA PEMBAYARAN
☻Bayaran Pakej Haji Imtiyaz Travel mengikut harga yang telah ditetapkan oleh syarikat PJH Swasta Tabung Haji yang dipilih oleh Imtiyaz Travel. Harga tersebut telah dihantar kepada pihak Tabung Haji terlebih dahulu dengan diperincikan perkhidmatan yang bakal diberikan kepada Jemaah Haji di Tanah Suci sama ada dari sudut penginapan, makan minum, kebajikan,keselamatan dan bimbingan ibadat.

PEMANTAUAN
☻Pihak Tabung Haji melalui Bahagian Operasi Haji Tanah Suci di Madinah atau Mekah sentiasa memantau kebajikan dan Keselamatan anda di sana walaupun anda mengikuti Pakej Swasta PJH. Sebarang kekurangan,permasalahan dan aduan mesti dibuat di sana supaya dapat diselesaikan segera dan tidak berlarutan hingga ke tanah air.

MUTAWIF/MUTAWIFAH
☻Mutawif/Mutawifah adalah diputuskan oleh syarikat PJH Swasta Tabung Haji yang menguruskan operasi anda. Pihak IMTIYAZ TRAVEL akan mencadangkan Mutawif/Mutawifah IMTIYAZ TRAVEL tertakluk kepada persetujuan syarikat PJH Tabung Haji berkenaan.

PILIHAN IMTIYAZ PJH SWASTA
☻Jemaah Haji Imtiyaz Travel telah berdaftar menunaikan Ibadat Haji pada tahun 2016 dengan kerjasama syarikat yang berdaftar dengan Tabung Haji.

DAFTAR HAJI MELALUI IMTIYAZ TRAVEL

☻Imtiyaz berperanan sebagai Pemudahcara dalam urusan pendaftaran anda. Berminat untuk berdaftar, sila hubungi pejabat Imtiyaz Travel berdekatan.



LIKE Facebook page kami--> IMTIYAZ TRAVEL & TOURS CAWANGAN IPOH
FOLLOW Instagram kami--> @imtiyaztravelipoh


Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
+6017- 5116759 (Cik Ana), +6017-5527736 (Pn Nurul)

ATAU

Email: imtiyazbranchipoh@gmail.com

ATAU

Boleh terus walk in ke pejabat kami (cawangan Ipoh) di lokasi:
No. 7A, Jalan Kamaruddin Isa, 31400 Ipoh Perak Darul Ridzuan
(Fair Park/Berhampiran jalan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh)

1 comment: