Translate

Wednesday, 31 May 2017

PAKEJ RIVERINE NATURE CAMP @ LENGGONG PERAK

Riverine Nature Camp terletak di Lenggong, Perak beralamat No. 221, Lorong 9 Jalan Utama Kampung Sumpitan, 33420 Lenggong, Perak. Riverine Nature Camp menyediakan tapak perkhemahan berdekatan dengan sungai. Keindahan pepohon hijau serta kesegaran aliran sungai pasti memberi pengalaman yang terbaik buat anda.





Imtiyaz Travel & Tours cawangan Ipoh menyediakan 3 pakej lengkap di Riverine Nature Camp @ Lenggong Perak iaitu PAKEJ A, PAKEJ B, dan juga PAKEJ C. Pakej-pakej yang disediakan seperti yang dinyatakan di bawah:



PAKEJ-PAKEJ DI RIVERINE NATURE CAMP




PAKEJ & AKTIVITI TAMBAHAN YG LAIN DI RIVERINE NATURE CAMP

1) Mandi & Berkelah
2) Jungle trekking
3) Camping
4) River trekking
5) Melawat ladang kelulut
6) Tour Tasik Raban




NOTA: Sewaan peralatan lain juga available seperti sewaan set BBQ, PA System, bilik karaoke, dan llg. Harga yang dinyatakan tertakhluk kepada perubahan & perbincangan semasa. 




Pakej ini termasuk insurans, makan & minum disediakan, pengangkutan dari Ipoh, guide service, khemah yang selesa serta kemudahan asas yang lengkap & selesa. Aktiviti boleh ditambah mengikut keperluan dan kehendak para peserta. Jadual yang dinyatakan tertakhluk kepada perubahan dan perbincangan semasa.

Pelbagai aktiviti menarik dapat dijalankan seperti jungle trekking, river trekking, boat tour, lawatan ke gua-gua bersejarah, santai karaoke @ Riverine Karaoke Studio dan pelbagai aktiviti lain. Lawatan ke gua-gua termasuklah Gua Kajang, Gua Asar, Gua Ngaum dan Gua Puteri





 Tapak perkhemahan berdekatan dengan sungai

Kawasan perkhemahan disediakan lampu di atas pokok & dipasang sehingga pagi demi menjaga keselamatan peserta. Satu khemah disediakan untuk 3 orang peserta - Saiz untuk 6 men tent


Jungle trekking/ River trekking

Memasak nasi di dalam buluh

Antara keunikan tempat ini adalah para peserta turut berpeluang menjamu selera di dalam sungai jika keadaan cuaca dan sungai mengizinkan. Suasana segar dikelilingi tumbuhan hijau dan deruan air sungai dapat menyegarkan minda semua sambil menikmati juadah yang disediakan.





Makan di dalam sungai



Mandi manda


Jika anda berminat untuk melakukan aktiviti di Riverine Nature Camp @ Lenggong Perak, sila hubungi kami untuk keterangan lanjut! :)






LIKE Facebook page kami--> IMTIYAZ TRAVEL & TOURS CAWANGAN IPOH
FOLLOW Instagram kami--> @imtiyaztravelipoh


Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
+6017- 5116759 (Cik Ana), +6017-5527736 (Pn Nurul)

ATAU

Email: imtiyazbranchipoh@gmail.com

ATAU

Boleh terus walk in ke pejabat kami (cawangan Ipoh) di lokasi:
No. 7A, Jalan Kamaruddin Isa, 31400 Ipoh Perak Darul Ridzuan
(Fair Park/Berhampiran jalan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh)



Monday, 29 May 2017

PANDUAN UMRAH & CARA MENGERJAKAN UMRAH

Pengertian Umrah:

Umrah ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadah-ibadah tertentu mengikut syarat-syaratnya.

Panduan Ringkas Umrah



Sumber- Tabung Haji





Rukun Umrah (5):-
  1. Niat
  2. Tawaf
  3. Saie
  4. Bercukur
  5. Tertib

1. Niat

نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى
Maksudnya: Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.

2. Tawaf

Niat tawaf adalah “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala”.
Syarat sah tawaf:
  1. Dilakukan diluar Kaabah tetapi di dalam Masjidil Haram.
  2. Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Kaabah semasa tawaf.
  3. Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
  4. Laluan tawaf hendaklah bersih dari najis.
  5. Dimulai dari belakang hajarul Aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.
  6. Tujuh pusingan dengan sempurna dan yakin.
  7. Mengirikan Kaabah atau mengelilingi melawan jam.
  8. Suci dari hadas kecil (berwuduk) dan hadas besar.
  9. Badan suci dari najis.
  10. Menutup aurat.

3. Saie

Syarat sah saie:
  1. Dilakukan selepas tawaf
  2. Tujuan hendaklah semata-mata untuk Saie
  3. Dimulai dari bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah.
  4. Genap dan sempurna bilangan 7 kali.
  5. Dari kaki bukit ke kaki bukit.
  6. Perjalanan tidak boleh terputus iaitu seseorang itu tidak boleh melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula dengan pintu lain.

4. Bercukur / Tahallul

Memotong rambut sekurang-kurangnya 3 helai. Afdhal untuk bercukur bagi lelaki. Bagi yang tiada rambut di kepalanya, memadai melalukan pisau di kulit kepala.
Tahallul wanita:
  1. Perempuan yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya asalkan tidak kurang dari 3 helai.
  2. Suami boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu.
  3. Perempuan haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang disediakan.

5. Tertib

Kita perlu ikut tertib umrah dari niat sampailah bercukur.

Panduan Umrah ~Wajib Umrah

  1. Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya.
  2. Menjaga larangan ihram.
  3. Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada mana-mana tempat sebelum sampai ke Miqat ini. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan.

Panduan Umrah ~Miqat bagi jemaah dari Asia Tenggara

  • Qarnul Manaazil – Lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah.
  • Bir Ali (disebut juga sebagai Zulhulaifah) – Lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk penduduk bandar Madinah itu sendiri.
Lain-lain miqat (dengan kapal terbang) ialah:
  • Al-Juhfah – Lebih kurang 187km dari Makkah . Ia menjadi miqat untuk penduduk Syam (Syria), Mesir dan negara-negara lain dari arah yang sama.
  • Zaatu ‘irqin – Lebih kurang 94 km dari Makkah. Miqat bagi penduduk Iraq.

Sumber: http://hasyanaurah.com/2015/02/panduan-umrah-cara-mengerjakan-umrah.html





LIKE Facebook page kami--> IMTIYAZ TRAVEL & TOURS CAWANGAN IPOH
FOLLOW Instagram kami--> @imtiyaztravelipoh

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
+6017- 5116759 (Cik Ana), +6017-5527736 (Pn Nurul)

ATAU

Email: imtiyazbranchipoh@gmail.com

ATAU

Boleh terus walk in ke pejabat kami (cawangan Ipoh) di lokasi:
No. 7A, Jalan Kamaruddin Isa, 31400 Ipoh Perak Darul Ridzuan

(Fair Park/Berhampiran jalan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh)

Thursday, 25 May 2017

PENGERTIAN HAJI MABRUR


APA ITU HAJI MABRUR?
Haji Mabrur adalah haji yang diterima dan diikhlaskan oleh Allah SWT. karena ibadah hajinya telah dilakukan dengan baik dan benar serta dengan bekal yang halal, suci dan bersih.





Hadith ini menunjukkan keutamaan haji yang mabrur (baik), dan balasan orang yang mendapatkannya adalah surga. Haji yang mabrur, telah dijelaskan oleh Imam Ibnu Abdil Barr, “Adalah haji yang tidak tercampur dengan perbuatan riya’ (ingin dipuji dan dilihat orang), sum’ah (ingin didengar oleh orang), rafats (berkata-kata keji dan kotor, atau kata-kata yang menimbulkan birahi), fusuq (berbuat kefasikan dan kemaksiatan), dan dilaksanakan dari harta yang halal…” (lihat at-Tamhid, 22/39).
Sehingga, dapat disimpulkan bahawa haji mabrur memiliki 5 SIFAT:
  1. Dilakukan dengan ikhlash (memurnikan niat dalam melaksanakan hajinya) hanya karena Allah Ta’ala semata, tanpa riya’ dan sum’ah.
  2. Biaya pelaksanaan haji tersebut berasal dari harta yang halal. Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
    إنَّ اللهَ طيِّبٌ ولا يقبلُ إلا طيبًا
    Sesungguhnya Allah Maha Baik, dan Ia tidak menerima kecuali hal yang baik…”. (HR Muslim, 1015).
  3. Menjauhi segala dosa dan perbuatan maksiat, segala macam perbuatan bid’ah dan semua hal yang menyelisihi syariat. Karena, jika hal tersebut berdampak negatif terhadap semua amal shalih dan bahkan dapat menghalangi dari diterimanya amal tersebut, maka hal itu lebih berdampak negatif lagi terhadap ibadah haji dan keabsahannya. Hal ini berdasarkan beberapa dalil, di antaranya firman Allah Ta’ala:
    الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَعْلُومَاتٌ فَمَنْ فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِي الْحَجِّ
    (Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh rafats, berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji…” (QS al-Baqarah: 197).
  4. Dilakukan dengan penuh akhlak yang mulia dan kelemah-lembutan, serta dengan sikap tawadhu’ (rendah hati) ketika ia berkendaraan, bersinggah sementara pada suatu tempat dan dalam bergaul bersama yang lainnya, dan bahkan dalam segala keadaannya.
  5. Dilakukan dengan penuh pengagungan terhadap sya’a-irullah (syi’ar-syi’ar Allah). Hal ini hendaknya benar-benar diperhatikan oleh setiap orang yang sedang melakukan ibadah haji. Dengan demikian, ia benar-benar dapat merasakan dan meresapi syi’ar-syi’ar Allah dalam ibadah hajinya. Sehingga, akan tumbuh dari dirinya sikap pengagungan, pemuliaan dan tunduk patuh kepada Sang Pencipta, Allah Rabbul ‘Alamin. Dan tanda seseorang benar-benar telah melaksanakan hal tersebut adalah; ia melaksanakan tahapan demi tahapan rangkaian ibadah hajinya dengan tenang dan khidmat, tanpa ketergesa-gesaan dan segala perkataan dan perbuatannya. Ia akan senantiasa waspada dari sikap tergesa-gesa dan terburu-buru, yang justru hal ini banyak dilakukan oleh banyak para jamaah haji di zaman ini. Ia pun akan senantiasa berusaha bersabar dalam ketaatannya kepada Allah Ta’ala. Karena sesungguhnya hal yang demikian ini lebih dekat untuk diterimanya ibadah hajinya di sisi Allah Ta’ala.




Penulis: Ust. Arief Budiman Lc.
Artikel Muslim.or.id
Sumber: https://muslim.or.id/27810-hadits-keutamaan-ibadah-haji-dan-umrah.html








LIKE Facebook page kami--> IMTIYAZ TRAVEL & TOURS CAWANGAN IPOH
FOLLOW Instagram kami--> @imtiyaztravelipoh



Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
+6017- 5116759 (Cik Ana), +6017-5527736 (Pn Nurul)

ATAU

Email: imtiyazbranchipoh@gmail.com

ATAU

Boleh terus walk in ke pejabat kami (cawangan Ipoh) di lokasi:
No. 7A, Jalan Kamaruddin Isa, 31400 Ipoh Perak Darul Ridzuan

(Fair Park/Berhampiran jalan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh)

Wednesday, 24 May 2017

SYARAT UMRAH BAGI JEMAAH PEREMPUAN



PERATURAN PERMOHONAN VISA
Semua jemaah wanita yang berumur kurang dari 45 tahun atau jemaah lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan visa umrah TETAPI TIDAK DITEMANI MAHRAM tidak akan diluluskan visa umrah oleh Kedutaan Arab Saudi





Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen diperlukan :-
1. Suami – surat nikah;
2. Bapa kandung – surat beranak
3. Adik beradik lelaki kandung – surat beranak
4. Bapa saudara kandung – surat beranak wanita, surat beranak ibu/ bapa dan surat beranak bapa saudara
5. Datuk kandung - surat beranak wanita dan surat beranak ibu/ bapa






LIKE Facebook page kami--> IMTIYAZ TRAVEL & TOURS CAWANGAN IPOH
FOLLOW Instagram kami--> @imtiyaztravelipoh



Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
+6017- 5116759 (Cik Ana), +6017-5527736 (Pn Nurul)

ATAU

Email: imtiyazbranchipoh@gmail.com

ATAU

Boleh terus walk in ke pejabat kami (cawangan Ipoh) di lokasi:
No. 7A, Jalan Kamaruddin Isa, 31400 Ipoh Perak Darul Ridzuan

(Fair Park/Berhampiran jalan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh)

Monday, 22 May 2017

PAKEJ KE TASIK BANDING @ ROYAL BELUM @ BOATHOUSE


Imtiyaz Travel & Tours cawangan Ipoh turut menyediakan pakej eko-pelancongan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mendekati alam semulajadi serta ingin mendapatkan pengalaman bercuti yang menarik dan berbeza. Selaras dengan Tahun Melawat Perak 2017, kami menyediakan pakej ke Tasik banding @ Royal Belum Perak dengan harga yang sangat berpatutan serta pelbagai aktiviti menarik yang turut disediakan. Pakej ini termasuk Boathouse, makan & minum disediakan, tourist guide bertauliah, 3 buah speed boat pengiring, rakit, umpan memancing dan lain-lain lagi. Kami sajikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada anda. 


Rujuk gambar di bawah untuk maklumat lanjut. 


TASIK BANDING @ ROYAL BELUM
"Jom Terokai Khazanah Alam"



PAKEJ 3H2M & 2H1M




Melihat bunga Rafflesia

Bermalam di Boathouse

Melawat perkampungan orang asli Jahai

Mandi manda di air terjun Royal Belum


Jika anda inginkan pengalaman bercuti yang berbeza, ingin merasai pengalaman berada dan bermalam di atas BOATHOUSE sambil menikmati keindahan alam, pakej ini adalah pilihan terbaik untuk anda! 


LIKE Facebook page kami--> IMTIYAZ TRAVEL & TOURS CAWANGAN IPOH
FOLLOW Instagram kami--> @imtiyaztravelipoh



Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
+6017- 5116759 (Cik Ana), +6017-5527736 (Pn Nurul)

ATAU

Email: imtiyazbranchipoh@gmail.com

ATAU

Boleh terus walk in ke pejabat kami (cawangan Ipoh) di lokasi:
No. 7A, Jalan Kamaruddin Isa, 31400 Ipoh Perak Darul Ridzuan
(Fair Park/Berhampiran jalan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh)